Friday, April 23, 2010

Kesediaan untuk menghadapi.

Sudah takdirnya.
Aku bukan yang pertama.
Selalu menjadi yang selepas.
Dan selalu juga terlepas.

Ingin diberi peluang.
Tapi tetap dibuang.
Menjadi tanda tanya seharian.
Harapnya tidak menjurus kepada kematian.

Kalaulah aku yang pertama.
Tidak mungkin melakukan kesilapan seumpamanya.
Yang telah 'dia' lakukan.
Terhadap dirimu yang perlukan penghargaan.

Tetapi tetap menjadi yang selepas.
Hanya mampu berharap pada contengan kertas.
Bukan mendapat peluang sekali.
Akhirnya tetap disamakan dengan lain-lain lelaki.

Ok sudah.

Selalunya bila aku berharap pada seseorang.
Seseorang itu mesti berkata "Aku masih tidak dapat melupakan cinta lama".
Kenapa mesti hidup mengingati masa lampau yang suram?
Adakah kau hidup seperti Benjamin Button?
Mulanya tua menjadi muda.
Realitinya kita bermula dari muda.
Dan berakhir bila tua.

Selalu difikir kita hanya mampu berserah.
Ke mana arah hidup ini pergi?
Dengan siapa pun jodoh kita?
Bukankah kita yang berusaha untuk mendapat yang lebih baik?
Bukankah perhubungan itu permulaan jodoh?
Tuhan sendiri telah nyatakan sejelas-jelasnya.
Dia tidak akan tetapkan takdir yang teruk pada hamba-Nya.
Hanya kita yang perlu berusaha berubah untuk mencari sesuatu keindahan.
Yang menepati syarat dan keredhaan-Nya.

Manusia terlupa lagi.
Yang mereka memang dilahirkan sempurna.
Memang dilahirkan dengan begitu kuat.
Tapi tetap ingin terlupa.
Tidak sengajakah?
Sekadar alasan.

Harapan.
Diletak menggunung pada sesuatu yang telah pergi.
Kadangkala sahaja dapat ditumpu pada masa depan.
Mungkin semua orang memang perlukan sebuah mesin masa.
Yang boleh membuatkan mereka kembali dan hidup di masa lalu.
Tidak perlu sibuk-sibuk fikir bagaimana untuk hidup di masa depan.

Sesungguhnya apabila seseorang manusia itu meminta peluang.
Bukakanlah sedikit walau hanya celahan pintu di hati untuk memberi.
Kita tidak pasti apa hasilnya.
Burukkah?
Baikkah?
Yang penting kita pernah mencuba.
Dan pengalaman itu yang membawa hidup ini ke arah yang lebih indah.

Keindahan, kekuatan, keyakinan, kebahagiaan, kegembiraan, kerinduan, kasih sayang, pengorbanan, penghargaan dan maruah.
Jika dapat sekaligus memang terasa realisasi hidup sangat berguna.
Tetapi semuanya dalam pakej berasingan.
Tidak dapat diperoleh dalam tempoh yang singkat.
Hanya terasa telah memperolehinya apabila sampai masanya untuk menutup mata.
Dan tersenyum, walau hanya sebentar.

Jika ini wasiat,
Kenanglah.
Jika ini pesanan.
Ingatilah.

Yang tidak terucap dan tidak mampu berbuat apa-apa, hanyalah diri ini.
Seseorang, 4.37 pagi, 240410.

2 comments:

hologramisfera said...

dan kalau mencuba itu benar tidak menyakitkan. itu bonus.bagi saya. bila hati sedang sakit. ubat hati dulu. sebelum kembali melangkah. sebab bila melangkah. akan tentu ada pahit dan luka. ;)

Anonymous said...

aku nk jd org ptama yg comment..hhehehehhehe...
touching kjp aku lepas baca...kehidupan mesti dteruskan tanpa dia di sisi....tp bukan mudah utk kite lupakan cinta yg pergi...hanya masa dan kesungguhan kita dlm mencari cinta yg hakiki mampu mengubah yg pahit menjadi indah:)