Thursday, August 11, 2011

Perasaan Yang Tertinggal Untuk Kau


Ada dua perasaan untuk kau, ya kau.

Kebahagiaan:
Untuk setiap senyuman yang kau ukir, perkataan yang kau ucap, pandangan yang penuh keyakinan dan perbuatan yang memberi harapan.
Tahukah kau betapa sukarnya untuk aku melupakan perasaan bahagia yang masih ada walaupun hanya sekelumit cebisan yang kau tinggalkan?
Kau membuatkan aku sentiasa memandang ke arah langit malam, kadangkala berbintang, kadangkala kosong, tapi semua itu membuatkan aku sentiasa terbayang tentang kau.

Penyesalan:
Bila terfikirkan yang aku tidak patut jatuh pada kau, insan yang terlalu sempurna, yang tidak mungkin akan terus kekal bersama aku yang tidak punya apa-apa.
Kau ketawa bersama aku, berkongsi kegembiraan denganku, tapi kau tinggalkan aku bila kau lihat airmata dan penderitaan aku, tidakkah kau rasa kau hanya pentingkan diri sendiri dengan berbuat sedemikian?
Kau katakan orang yang terima seseorang pada waktu sukarnya layak memilikinya pada saat dia di puncak, tapi ternyata apa yang kau katakan hanya permainan kata sahaja.

Tapi aku tidak pernah menyalahkan kau, cuma aku terkilan dengan apa yang kau lakukan.
Aku hormati pendirian kau yang mengejar kebahagiaan kau sedangkan orang lain tidak sebegitu berani.
Aku juga cuba untuk berkawan dengan kau tanpa ada apa-apa perasaan tapi ternyata kau memilih untuk menjauhkan diri, apa yang boleh aku lakukan selain berdoa semoga kau kecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Cukuplah, kau pun tidak mungkin akan risaukan aku, cuma aku ingin menjelaskan yang aku telahpun lebih dari mampu untuk bergerak mengejar apa yang aku idamkan, kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Aku berterima kasih juga pada Yang Satu, Allah S.W.T kerana memberikan aku ujian yang membuka mata aku sama ada seseorang itu betul-betul layak untukku ataupun tidak, dan aku bersyukur yang aku masih mempunyai sahabat-sahabat terbaikku yang masih setia menemani dan menyayangi aku.
Syukur Alhamdulillah.


Kekasihku di jalanan yang berliku di saat ku perlukanmu, tertutup jua segalanya terhadapmu, di sini ku tersedu-sedu.
Setelah cinta pergi ku mengusung duka ini diiringi kisah janji, dimungkiri lagi.
Sia-siaku mencintaimu, setia padamu, percayakanmu.
Sebak dadaku, retak hatiku, luka jiwaku, dihiris pilu.

No comments: