Seorang lelaki tidak iri hati terhadap kawannya yang lebih pandai dari dirinya.
Seorang lelaki tidak berprasangka buruk terhadap kawannya yang belajar/kerja dengan rajin.
Seorang lelaki tidak mudah kecewa dan berputus asa dengan masalah yang menimpa.
Seorang lelaki tidak seharusnya berlaku endah tidak endah terhadap kawannya yang mengalami masalah.
Seorang lelaki tidak seharusnya mencari kesalahan kawannya dengan tujuan menjatuhkan maruah beliau.
Seorang lelaki tidak seharusnya memungkiri janji yang dibuat terhadap Tuhan, keluarga, kawan bahkan kekasihnya sendiri.
Seorang lelaki tidak seharusnya cuba untuk mengelakkan diri dari membantu kawannya yang dilanda kesusahan.
Seorang lelaki tidak akan cuba memikat seorang perempuan yang telah menjadi kekasih, tunang atau isteri kawannya mahupun orang lain.
Seorang lelaki tidak seharusnya cuba berkawan rapat dengan perempuan yang disukai oleh kawannya mahupun orang lain dengan niat ingin menjadikan perempuan tersebut sebagai kekasih.
Seorang lelaki tidak seharusnya menghancurkan hubungan baik kawannya ataupun orang lain dengan seorang perempuan samaada perempuan itu hanya sekadar kawan ataupun kekasih.
Seorang lelaki juga tidak seharusnya merampas kekasih, tunang atau isteri kawannya sendiri mahupun orang lain.
Kenapa saya katakan seorang lelaki
tidak seharusnya melakukan 4 perkara yang terakhir?
Ini kerana seorang lelaki hanya akan memikat seorang perempuan yang
betul-betul tiada ikatan dengan orang lain dan
bukan juga sasaran seorang lelaki lain untuk menjadikan perempuan itu sebagai kekasih.
Jangan disebabkan seorang perempuan masing-masing nak bermasam muka, cuba menjadi lebih
profesional sekiranya benar-benar ingin memikat seseorang perempuan itu, dan
maksud profesional di sini adalah "
biarkan orang yang sedang mencuba itu mencuba terlebih dahulu, jika bukan ditakdirkan untuk mereka bersama maka barulah memulakan langkah".
Di negara ini, rakyatnya bukan seperti
Jepun yang
perempuan mengejar lelaki, itu disebabkan dengan
wajah lelaki-lelaki di sana yang agak 'jambu' dan mempunyai kulit selicin kristal (
blergghh), di sini
lelaki yang mengejar perempuan, dengan
muka yang agak menggerutu dan rambut yang hanya disikat menggunakan jari ataupun tidak kemas langsung, lelaki di sini hanya
bermodalkan kata-kata manis, personaliti, harta dan juga wang.
Bukannya senang untuk mengejar perempuan di sini yang
rata-ratanya memilih harta dan wang, kalau bukan mereka yang memilih semua itu tidak lain dan tidak bukan sudah tentu
ibubapa mereka yang inginkan anak-anak perempuan mereka hidup senang.
Kesimpulannya di sini senang sahaja,
wahai lelaki-lelaki di luar sana, kita juga ada
peraturan untuk kekal hidup dengan baik dan tidak dipandang rendah dan juga dengan teruk oleh orang lain.
Ingatlah sekali lagi bahawa hidup ini tetap umpama roda, "
what goes around, comes around".
Jadilah seorang lelaki sejati, bukan lelaki yang tiada maruah langsung sebaliknya masih lagi berbangga diri.
"A gentleman is a man who wouldn't hit a woman with his hat on".
Fred Allen
"A gentleman is the one who never hurts anyone's feelings unintentionally".
Oscar Wilde
"A gentleman is simply a patient wolf".
Lana Turner
"Anyone can be heroic from time to time, but a gentleman is something you have to be all the time".
Luigi Pirandello