Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang buta, kerana dengan suara sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan lebih meminati suara yang lain daripada suara seseorang yang telah berusaha untuknya.
Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang bisu dan tidak boleh mendengar, kerana dengan bahasa isyarat sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan meminati gaya bahasa selain dari bahasa isyarat seseorang yang berusaha untuknya.
Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang kekurangan anggota badannya, kerana dengan bantuan sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan berpaling daripada seseorang yang menjadi anggota badan tambahan yang telah berusaha untuknya.
Bukan semua orang sempurna, ada yang kekurangan itu, ada yang kekurangan ini, yang boleh dilihat adalah keteguhannya dalam meneruskan kehidupan, dan dengan sifat kemanusiaan seseorang itulah yang memberikannya rasa hormat dan semangat untuk terus hidup.
Jangan jadi terlalu tamak, apa yang telah anda perolehi mungkin tidak mampu dikejar langsung oleh orang lain.
Jangan jadi terlalu tamak, apa yang telah anda berikan mungkin meninggalkan kesan pada seseorang dan jangan sesekali menarik kembali semuanya secara tiba-tiba.
Jangan jadi terlalu tamak, kelak anda mungkin kehilangan segalanya.
Lepaskan segalanya, lunturkan segalanya, leraikan segalanya dan lunaskan segalanya.
Never let a kiss fool you, never let a fool kiss you.
No comments:
Post a Comment