Showing posts with label Bebel-Bebel. Show all posts
Showing posts with label Bebel-Bebel. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Peraturan Seorang Lelaki

Seorang lelaki tidak iri hati terhadap kawannya yang lebih pandai dari dirinya.

Seorang lelaki tidak berprasangka buruk terhadap kawannya yang belajar/kerja dengan rajin.

Seorang lelaki tidak mudah kecewa dan berputus asa dengan masalah yang menimpa.

Seorang lelaki tidak seharusnya berlaku endah tidak endah terhadap kawannya yang mengalami masalah.

Seorang lelaki tidak seharusnya mencari kesalahan kawannya dengan tujuan menjatuhkan maruah beliau.

Seorang lelaki tidak seharusnya memungkiri janji yang dibuat terhadap Tuhan, keluarga, kawan bahkan kekasihnya sendiri.

Seorang lelaki tidak seharusnya cuba untuk mengelakkan diri dari membantu kawannya yang dilanda kesusahan.


Seorang lelaki tidak akan cuba memikat seorang perempuan yang telah menjadi kekasih, tunang atau isteri kawannya mahupun orang lain.


Seorang lelaki tidak seharusnya cuba berkawan rapat dengan perempuan yang disukai oleh kawannya mahupun orang lain dengan niat ingin menjadikan perempuan tersebut sebagai kekasih.


Seorang lelaki tidak seharusnya menghancurkan hubungan baik kawannya ataupun orang lain dengan seorang perempuan samaada perempuan itu hanya sekadar kawan ataupun kekasih.


Seorang lelaki juga tidak seharusnya merampas kekasih, tunang atau isteri kawannya sendiri mahupun orang lain.


Kenapa saya katakan seorang lelaki tidak seharusnya melakukan 4 perkara yang terakhir?

Ini kerana seorang lelaki hanya akan memikat seorang perempuan yang betul-betul tiada ikatan dengan orang lain dan bukan juga sasaran seorang lelaki lain untuk menjadikan perempuan itu sebagai kekasih.

Jangan disebabkan seorang perempuan masing-masing nak bermasam muka, cuba menjadi lebih profesional sekiranya benar-benar ingin memikat seseorang perempuan itu, dan maksud profesional di sini adalah "biarkan orang yang sedang mencuba itu mencuba terlebih dahulu, jika bukan ditakdirkan untuk mereka bersama maka barulah memulakan langkah".

Di negara ini, rakyatnya bukan seperti Jepun yang perempuan mengejar lelaki, itu disebabkan dengan wajah lelaki-lelaki di sana yang agak 'jambu' dan mempunyai kulit selicin kristal (blergghh), di sini lelaki yang mengejar perempuan, dengan muka yang agak menggerutu dan rambut yang hanya disikat menggunakan jari ataupun tidak kemas langsung, lelaki di sini hanya bermodalkan kata-kata manis, personaliti, harta dan juga wang.

Bukannya senang untuk mengejar perempuan di sini yang rata-ratanya memilih harta dan wang, kalau bukan mereka yang memilih semua itu tidak lain dan tidak bukan sudah tentu ibubapa mereka yang inginkan anak-anak perempuan mereka hidup senang.

Kesimpulannya di sini senang sahaja, wahai lelaki-lelaki di luar sana, kita juga ada peraturan untuk kekal hidup dengan baik dan tidak dipandang rendah dan juga dengan teruk oleh orang lain.

Ingatlah sekali lagi bahawa hidup ini tetap umpama roda, "what goes around, comes around".


Jadilah seorang lelaki sejati, bukan lelaki yang tiada maruah langsung sebaliknya masih lagi berbangga diri.


"A gentleman is a man who wouldn't hit a woman with his hat on".  
Fred Allen

"A gentleman is the one who never hurts anyone's feelings unintentionally". 
Oscar Wilde

 "A gentleman is simply a patient wolf".  
Lana Turner

"Anyone can be heroic from time to time, but a gentleman is something you have to be all the time". 
Luigi Pirandello

Thursday, April 14, 2011

Semua Itu Bukan Realitinya

Kadang-kadang bila fikiran jauh melayang, mengelamun tak tentu hala dan hilang kewarasan akal yang sepatutnya berfikir dengan rasional, akan timbul beberapa huraian yang mungkin menyenangkan dan menggembirakan hati sendiri;

Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang buta, kerana dengan suara sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan lebih meminati suara yang lain daripada suara seseorang yang telah berusaha untuknya.

Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang bisu dan tidak boleh mendengar, kerana dengan bahasa isyarat sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan meminati gaya bahasa selain dari bahasa isyarat seseorang yang berusaha untuknya.

Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang kekurangan anggota badannya, kerana dengan bantuan sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan berpaling daripada seseorang yang menjadi anggota badan tambahan yang telah berusaha untuknya.

Bukan semua orang sempurna, ada yang kekurangan itu, ada yang kekurangan ini, yang boleh dilihat adalah keteguhannya dalam meneruskan kehidupan, dan dengan sifat kemanusiaan seseorang itulah yang memberikannya rasa hormat dan semangat untuk terus hidup.

Jangan jadi terlalu tamak, apa yang telah anda perolehi mungkin tidak mampu dikejar langsung oleh orang lain. 

Jangan jadi terlalu tamak, apa yang telah anda berikan mungkin meninggalkan kesan pada seseorang dan jangan sesekali menarik kembali semuanya secara tiba-tiba.

Jangan jadi terlalu tamak, kelak anda mungkin kehilangan segalanya.

Lepaskan segalanya, lunturkan segalanya, leraikan segalanya dan lunaskan segalanya.

Never let a kiss fool you, never let a fool kiss you.

Friday, April 23, 2010

Kesediaan untuk menghadapi.

Sudah takdirnya.
Aku bukan yang pertama.
Selalu menjadi yang selepas.
Dan selalu juga terlepas.

Ingin diberi peluang.
Tapi tetap dibuang.
Menjadi tanda tanya seharian.
Harapnya tidak menjurus kepada kematian.

Kalaulah aku yang pertama.
Tidak mungkin melakukan kesilapan seumpamanya.
Yang telah 'dia' lakukan.
Terhadap dirimu yang perlukan penghargaan.

Tetapi tetap menjadi yang selepas.
Hanya mampu berharap pada contengan kertas.
Bukan mendapat peluang sekali.
Akhirnya tetap disamakan dengan lain-lain lelaki.

Ok sudah.

Selalunya bila aku berharap pada seseorang.
Seseorang itu mesti berkata "Aku masih tidak dapat melupakan cinta lama".
Kenapa mesti hidup mengingati masa lampau yang suram?
Adakah kau hidup seperti Benjamin Button?
Mulanya tua menjadi muda.
Realitinya kita bermula dari muda.
Dan berakhir bila tua.

Selalu difikir kita hanya mampu berserah.
Ke mana arah hidup ini pergi?
Dengan siapa pun jodoh kita?
Bukankah kita yang berusaha untuk mendapat yang lebih baik?
Bukankah perhubungan itu permulaan jodoh?
Tuhan sendiri telah nyatakan sejelas-jelasnya.
Dia tidak akan tetapkan takdir yang teruk pada hamba-Nya.
Hanya kita yang perlu berusaha berubah untuk mencari sesuatu keindahan.
Yang menepati syarat dan keredhaan-Nya.

Manusia terlupa lagi.
Yang mereka memang dilahirkan sempurna.
Memang dilahirkan dengan begitu kuat.
Tapi tetap ingin terlupa.
Tidak sengajakah?
Sekadar alasan.

Harapan.
Diletak menggunung pada sesuatu yang telah pergi.
Kadangkala sahaja dapat ditumpu pada masa depan.
Mungkin semua orang memang perlukan sebuah mesin masa.
Yang boleh membuatkan mereka kembali dan hidup di masa lalu.
Tidak perlu sibuk-sibuk fikir bagaimana untuk hidup di masa depan.

Sesungguhnya apabila seseorang manusia itu meminta peluang.
Bukakanlah sedikit walau hanya celahan pintu di hati untuk memberi.
Kita tidak pasti apa hasilnya.
Burukkah?
Baikkah?
Yang penting kita pernah mencuba.
Dan pengalaman itu yang membawa hidup ini ke arah yang lebih indah.

Keindahan, kekuatan, keyakinan, kebahagiaan, kegembiraan, kerinduan, kasih sayang, pengorbanan, penghargaan dan maruah.
Jika dapat sekaligus memang terasa realisasi hidup sangat berguna.
Tetapi semuanya dalam pakej berasingan.
Tidak dapat diperoleh dalam tempoh yang singkat.
Hanya terasa telah memperolehinya apabila sampai masanya untuk menutup mata.
Dan tersenyum, walau hanya sebentar.

Jika ini wasiat,
Kenanglah.
Jika ini pesanan.
Ingatilah.

Yang tidak terucap dan tidak mampu berbuat apa-apa, hanyalah diri ini.
Seseorang, 4.37 pagi, 240410.

Saturday, January 23, 2010

Sudah Lama Ouh!

Hola!
Lama gila aku tak update blog.
Adalah dalam sebulan lebih.
(Lama sangat ke?)
Haha.
=p

Macam-macam benda dah berlaku dalam sebulan ni.

Antaranya aku jumpa kawan-kawan lama waktu sekolah rendah dulu.
(Ini betul lama gila!)
Tempat perjumpaan adalah di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Then aku pun dah start praktikal.


Office aku taklah besar sangat.
Tapi cukup selesa untuk aku melakukan tugasan yang diamanahkan kepada aku.
(Banyak gila designs nak kena kejar dateline ouh!)
Haha.
=D

Dalam masa yang sama mungkin aku jatuh cinta lagi.
(Huh?)
Haha taklah.
Aku lebih suka menyibukkan diri dari fikir benda yang remeh-temeh ni.
Nanti-nantilah ek.
^_^

Aku akan kembali aktif blogging selepas ni.
Hope I'll do much better than before.
See ya!
=)