Showing posts with label Serahan Untuk-Nya. Show all posts
Showing posts with label Serahan Untuk-Nya. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Ketulusan Untuk Dia dan Ketakutan Jika Tiada Kesempatan Itu.


Bila terlihat gambar-gambar kau di Facebook.
Terasa sangat tenang dengan hanya melihat bibir kau yang sentiasa tersenyum.
Sangat comel!
=D

Ketika orang lain sibuk post status mereka yang kelam-kabut.
"Nak pergi Melaka lah NGEK!" "Hari ini hujan di ketiak (peluh laa)." "Tunjuk perasaan di Uganda."
dan bla bla bla.
Tapi kau tidak.
Kau hanya post status berkaitan dengan makan sahaja.
"I have a sudden craving for Choc Cake and Spaghetti Carbonarra now!" dan "Kebulur~~~"
Aku tertawa kecil melihat segala posting kau di situ.
Makan makan makan.
Tak gemuk gemuk jugak!
Haha.
xD


Bila SMS,
Aku selalu tersenyum membaca ayat-ayat kau.
Walaupun tidak seberapa panjang tapi aku teramat menghargainya.
Kau juga tetap balas kembali walaupun sibuk dengan kerja dan lain-lain komitmen lagi.
Aku tak kisah.
Dan tak pernah risau.
Kalau kau tak balas pun aku faham mengapa.
Mesti ada benda yang perlu kau utamakan dulu.
Jangan risau ya!
Aku tetap setia pada kau.
Dan hanya engkau.
^_^


Tapi,
Aku semakin hari semakin risau.
Risau jika sudah sampai masanya jasadku menafikan roh.
Risau jika tidak sempat untuk aku hidup di dunia ini untuk setia kepada kau.
Risau jika tidak sempat untuk aku menyayangi kau.
Risau jika tidak sempat aku membina rumahtangga bersama kau.
Risau jika aku tidak dapat membahagiakan kau.
Risau jika aku tidak dapat melihat senyuman kau lagi.
Risau jika tidak lagi dapat merasa sentuhan lembut dari kau.
Risau seandainya aku terpaksa pergi dengan tiba-tiba.

Ya Allah.
Aku memohon kepada-Mu Ya Allah.
Ampunilah dosa-dosa kecil dan juga dosa-dosa ku yang besar.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Panjangkanlah umurku.
Murahkanlah rezekiku.
Kau berikanlah petunjuk untuk mencari cinta dari-Mu sebelum aku mencari cinta di kalangan manusia.
Sesungguhnya cinta-Mu adalah cinta yang teragung Ya Allah.

Ya Allah.
Ampunilah dosa-dosa arwah bapaku selama dia masih hidup.
Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Ya Allah.
Benarkanlah juga untuk aku hidup sehingga aku mampu membalas jasa Ibuku Ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanannya sangat besar.
Dialah wanita yang paling kuat yang telah membesarkan aku bagai menatang minyak yang penuh selama sepemergian arwah bapaku.

Ya Allah.
Benarkan aku mencintai seorang manusia kerana cintanya kepada-Mu Ya Allah.
Benarkan aku menyayanginya juga kerana sayangnya kepadamu Ya Allah.
Dia manusia yang lembut dan baik budi pekertinya.
Benarkan aku menyunting cintanya dan setia kepadanya seorang sahaja.
 Benarkanlah aku untuk membahagiakan dia.
Dan benarkan aku untuk bersama dengannya.
Tetapkan hati aku untuk melindungi dia dari segala perbuatan keji dan mungkar.
Dan izinkan aku bersama-sama berjalan dengannya di jalanan yang indah di dunia ini dengan rahmat dan keredhaan-Mu Ya Allah.

Ya Allah.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Agung dan Maha Melindungi.
Amin Ya Rabbal Alamin.


credits to RainDropMemory for the beautiful drawings
also credits to bramLeech for the rainy day drawing

Tuesday, January 26, 2010

Kerugian dan Keinsafan.



Surah al-Kahfi
(Ayat 103-110)

Bismillahirahmanirahim.

[Ayat 103]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

[Ayat 104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

[Ayat 105]
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[Ayat 106]
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

[Ayat 107]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

[Ayat 108]
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

[Ayat 109]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

[Ayat 110]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.


Maha Suci Allah telah terang-terang memperingatkan tentang hukuman terhadap mereka yang suka memikirkan yang mereka sentiasa betul untuk meraih sesuatu.
Tidak kira dalam apa jua cara sekalipun mereka juga ingkar dengan ayat-ayatNya.
Kita mengejar dunia untuk keselesaan hidup.
Tetapi ianya tidak akan kekal.
Cukuplah sekadar mampu memiliki apa yang dihajati (kerja, rumah, gadgets etc.).
Tetapi yang perlu dikejar bersungguh-sungguh adalah akhirat.
Kerana di situlah kita akan kekal selama-lamanya.


Maha Suci Engkau yang telah menjadikan kami makhluk yang paling mulia disisiMu.
Kami banyak berdosa Ya Allah.
Kami memohon keampunanMu Ya Allah.
Janganlah ditimpakan bala ke atas kami atas dosa-dosa saudara kami.
Berikanlah kami kekuatan untuk membimbing kembali saudara-saudara kami yang telah sesat.
Berikanlah juga kepada kami perlindungan dari godaan dan hasutan syaitan yang dilaknat Engkau Ya Allah.
Ya Allah.
Sesungguhnya hanya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Amin Ya Rabbal Alamin.