Thursday, April 14, 2011

Semua Itu Bukan Realitinya

Kadang-kadang bila fikiran jauh melayang, mengelamun tak tentu hala dan hilang kewarasan akal yang sepatutnya berfikir dengan rasional, akan timbul beberapa huraian yang mungkin menyenangkan dan menggembirakan hati sendiri;

Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang buta, kerana dengan suara sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan lebih meminati suara yang lain daripada suara seseorang yang telah berusaha untuknya.

Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang bisu dan tidak boleh mendengar, kerana dengan bahasa isyarat sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan meminati gaya bahasa selain dari bahasa isyarat seseorang yang berusaha untuknya.

Mungkin lebih baik sukakan seseorang yang kekurangan anggota badannya, kerana dengan bantuan sahajalah yang mampu menawan hatinya dan tidak mungkin dia akan berpaling daripada seseorang yang menjadi anggota badan tambahan yang telah berusaha untuknya.

Bukan semua orang sempurna, ada yang kekurangan itu, ada yang kekurangan ini, yang boleh dilihat adalah keteguhannya dalam meneruskan kehidupan, dan dengan sifat kemanusiaan seseorang itulah yang memberikannya rasa hormat dan semangat untuk terus hidup.

Jangan jadi terlalu tamak, apa yang telah anda perolehi mungkin tidak mampu dikejar langsung oleh orang lain. 

Jangan jadi terlalu tamak, apa yang telah anda berikan mungkin meninggalkan kesan pada seseorang dan jangan sesekali menarik kembali semuanya secara tiba-tiba.

Jangan jadi terlalu tamak, kelak anda mungkin kehilangan segalanya.

Lepaskan segalanya, lunturkan segalanya, leraikan segalanya dan lunaskan segalanya.

Never let a kiss fool you, never let a fool kiss you.

Sunday, December 12, 2010

Biarkan Aku

Biarkan aku dengan kegembiraanku, biarkan aku dengan kesedihanku.

Biarkan aku dengan kesanggupanku, biarkan aku dengan kedegilanku.

Biarkan aku dengan kelebihanku, biarkan aku dengan kekuranganku.

Biarkan aku dengan keistimewaanku, biarkan aku dengan keburukanku.

Biarkan aku dengan kemuliaanku, biarkan aku dengan kehinaanku.

Biarkan aku dengan kepastianku, biarkan aku dengan kesangsianku.

Biarkan aku dengan kebenaranku, biarkan aku dengan kepalsuanku.

Biarkan aku dengan kelurusanku, biarkan aku dengan keseronganku.

Biarkan aku dengan kepunyaanku, biarkan aku dengan kehilanganku.

Biarkan aku dengan kedapatanku, biarkan aku dengan kelepasanku.

Biarkan aku dengan keyakinanku, biarkan aku dengan kecurigaanku.

Biarkan aku dengan kesayanganku, biarkan aku dengan kebencianku.

Biarkan aku dengan kesihatanku, biarkan aku dengan kesakitanku.

Biarkan aku dengan kesukaanku, biarkan aku dengan keirianku.

Biarkan aku dengan kebernafasanku, biarkan aku dengan kelemasanku.

Biarkan aku dengan keinginanku, biarkan aku dengan kerimasanku.

Dan..

Biarkan aku dengan kehidupanku, biarkan aku dengan kematianku.

Thursday, July 1, 2010

Sangat manis percintaan mereka bukan?
Mula sebagai kawan, saling bertukar pandangan, berbual kosong, berkongsi apa sahaja dan selalu mendapat hadiah dari satu sama lain.
Timbullah bibit-bibit suka dalam hati mereka, tapi masing-masing berdiam diri kerana takut dengan apa yang telah terjadi sebelum mereka bertemu.
Tidak mengapalah.
Ada rezeki nanti berjumpa juga dan sambunglah apa yang tertinggal dulu ya.

Jika kau juga dapat merasa pengalaman sebegitu, pasti sangat indah bukan?

Wednesday, June 30, 2010

Sangat sukar menghadapi hidup ini bukan?
Biasalah, banyak persimpangan harus dilalui.
Semua itu terjadi atas kehendak-Nya supaya kau menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya.

Sekali lagi, kuatkan semangat.

Thursday, June 17, 2010

Dah memang begitu keadaannya.
Semasa berkawan semuanya senang untuk diucapkan.
Tetapi setelah apa yang kau luahkan, mestilah masing-masing berasa janggal.
Takpun hanya dia yang merasa begitu, setelah kepercayaannya amat sukar diperolehi.
Kau sabarlah.
Esok lusa dia akan membalasnya.

Bersedialah hadapi segala kemungkinan.

Wednesday, June 16, 2010

Janganlah kau risau.
Memang tak semuanya akan menjadi indah seperti yang kau sangka.
Dan akhirnya kau yang tersepit di antara masalah yang dihadapi oleh orang lain.
Aku tahu kau tidak suka bila terjadinya sebegitu.
Sabarlah.
Dan kau akan menjadi lebih kuat dengan pengalaman yang kau terpaksa sekarang.

Kuatkan semangat.

Friday, April 23, 2010

Kesediaan untuk menghadapi.

Sudah takdirnya.
Aku bukan yang pertama.
Selalu menjadi yang selepas.
Dan selalu juga terlepas.

Ingin diberi peluang.
Tapi tetap dibuang.
Menjadi tanda tanya seharian.
Harapnya tidak menjurus kepada kematian.

Kalaulah aku yang pertama.
Tidak mungkin melakukan kesilapan seumpamanya.
Yang telah 'dia' lakukan.
Terhadap dirimu yang perlukan penghargaan.

Tetapi tetap menjadi yang selepas.
Hanya mampu berharap pada contengan kertas.
Bukan mendapat peluang sekali.
Akhirnya tetap disamakan dengan lain-lain lelaki.

Ok sudah.

Selalunya bila aku berharap pada seseorang.
Seseorang itu mesti berkata "Aku masih tidak dapat melupakan cinta lama".
Kenapa mesti hidup mengingati masa lampau yang suram?
Adakah kau hidup seperti Benjamin Button?
Mulanya tua menjadi muda.
Realitinya kita bermula dari muda.
Dan berakhir bila tua.

Selalu difikir kita hanya mampu berserah.
Ke mana arah hidup ini pergi?
Dengan siapa pun jodoh kita?
Bukankah kita yang berusaha untuk mendapat yang lebih baik?
Bukankah perhubungan itu permulaan jodoh?
Tuhan sendiri telah nyatakan sejelas-jelasnya.
Dia tidak akan tetapkan takdir yang teruk pada hamba-Nya.
Hanya kita yang perlu berusaha berubah untuk mencari sesuatu keindahan.
Yang menepati syarat dan keredhaan-Nya.

Manusia terlupa lagi.
Yang mereka memang dilahirkan sempurna.
Memang dilahirkan dengan begitu kuat.
Tapi tetap ingin terlupa.
Tidak sengajakah?
Sekadar alasan.

Harapan.
Diletak menggunung pada sesuatu yang telah pergi.
Kadangkala sahaja dapat ditumpu pada masa depan.
Mungkin semua orang memang perlukan sebuah mesin masa.
Yang boleh membuatkan mereka kembali dan hidup di masa lalu.
Tidak perlu sibuk-sibuk fikir bagaimana untuk hidup di masa depan.

Sesungguhnya apabila seseorang manusia itu meminta peluang.
Bukakanlah sedikit walau hanya celahan pintu di hati untuk memberi.
Kita tidak pasti apa hasilnya.
Burukkah?
Baikkah?
Yang penting kita pernah mencuba.
Dan pengalaman itu yang membawa hidup ini ke arah yang lebih indah.

Keindahan, kekuatan, keyakinan, kebahagiaan, kegembiraan, kerinduan, kasih sayang, pengorbanan, penghargaan dan maruah.
Jika dapat sekaligus memang terasa realisasi hidup sangat berguna.
Tetapi semuanya dalam pakej berasingan.
Tidak dapat diperoleh dalam tempoh yang singkat.
Hanya terasa telah memperolehinya apabila sampai masanya untuk menutup mata.
Dan tersenyum, walau hanya sebentar.

Jika ini wasiat,
Kenanglah.
Jika ini pesanan.
Ingatilah.

Yang tidak terucap dan tidak mampu berbuat apa-apa, hanyalah diri ini.
Seseorang, 4.37 pagi, 240410.

Monday, March 8, 2010

Kefahaman Tentang Dia.

 
Sudah berapa lama,
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku,
Sebagaimana ku rindumu.

Cinta antara kita tiada penghalangnya,
Walau akhir usia ku menyinta dirimu,
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku,
Ku kan berjanji menyintamu sayang.

Sangat susah ouh tunggu kau.
Tapi tak mengapa.
Semakin lama aku semakin mengenali sifat-sifat kau yang mungkin tak sempat untuk aku kenali dulu.

Walaupun kata-kata yang keluar dari bibir kau amat sukar untuk dikejar,
Aku masih lagi memahaminya,
Tidak pernah sekalipun aku tersalah faham dengan maksud kata-kata kau itu.

Aku juga memahami bagaimana kau ingin teruskan hidup.
Tidak mahu ada kekusutan yang membuatkan kau terumbang-ambing.
Tidak mahu berbicara tentang sesuatu yang mungkin membuatkan kau sedih.
Dan tidak mahu untuk dipersalahkan sekiranya sesuatu itu tidak menjadi.
Jangan risau ya!
Aku akan tetap menemani kau.
;)

Kadangkala aku terfikir,
Adakah betul apa yang aku lakukan ini?
Adakah berbaloi pengorbanan dalam kesanggupan aku ini?
Adakah semuanya akan baik-baik saja?

Jawapannya : YA!

Tidak ada yang salah untuk aku lakukan sekiranya hanya untuk kau.
Pengorbanan dalam kesanggupan ini sangat berbaloi sekiranya hanya untuk kau.
Dan semuanya akan baik-baik saja sekiranya hanya untuk kau.
(^_^)

Friday, February 5, 2010

Ketulusan Untuk Dia dan Ketakutan Jika Tiada Kesempatan Itu.


Bila terlihat gambar-gambar kau di Facebook.
Terasa sangat tenang dengan hanya melihat bibir kau yang sentiasa tersenyum.
Sangat comel!
=D

Ketika orang lain sibuk post status mereka yang kelam-kabut.
"Nak pergi Melaka lah NGEK!" "Hari ini hujan di ketiak (peluh laa)." "Tunjuk perasaan di Uganda."
dan bla bla bla.
Tapi kau tidak.
Kau hanya post status berkaitan dengan makan sahaja.
"I have a sudden craving for Choc Cake and Spaghetti Carbonarra now!" dan "Kebulur~~~"
Aku tertawa kecil melihat segala posting kau di situ.
Makan makan makan.
Tak gemuk gemuk jugak!
Haha.
xD


Bila SMS,
Aku selalu tersenyum membaca ayat-ayat kau.
Walaupun tidak seberapa panjang tapi aku teramat menghargainya.
Kau juga tetap balas kembali walaupun sibuk dengan kerja dan lain-lain komitmen lagi.
Aku tak kisah.
Dan tak pernah risau.
Kalau kau tak balas pun aku faham mengapa.
Mesti ada benda yang perlu kau utamakan dulu.
Jangan risau ya!
Aku tetap setia pada kau.
Dan hanya engkau.
^_^


Tapi,
Aku semakin hari semakin risau.
Risau jika sudah sampai masanya jasadku menafikan roh.
Risau jika tidak sempat untuk aku hidup di dunia ini untuk setia kepada kau.
Risau jika tidak sempat untuk aku menyayangi kau.
Risau jika tidak sempat aku membina rumahtangga bersama kau.
Risau jika aku tidak dapat membahagiakan kau.
Risau jika aku tidak dapat melihat senyuman kau lagi.
Risau jika tidak lagi dapat merasa sentuhan lembut dari kau.
Risau seandainya aku terpaksa pergi dengan tiba-tiba.

Ya Allah.
Aku memohon kepada-Mu Ya Allah.
Ampunilah dosa-dosa kecil dan juga dosa-dosa ku yang besar.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Panjangkanlah umurku.
Murahkanlah rezekiku.
Kau berikanlah petunjuk untuk mencari cinta dari-Mu sebelum aku mencari cinta di kalangan manusia.
Sesungguhnya cinta-Mu adalah cinta yang teragung Ya Allah.

Ya Allah.
Ampunilah dosa-dosa arwah bapaku selama dia masih hidup.
Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Ya Allah.
Benarkanlah juga untuk aku hidup sehingga aku mampu membalas jasa Ibuku Ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanannya sangat besar.
Dialah wanita yang paling kuat yang telah membesarkan aku bagai menatang minyak yang penuh selama sepemergian arwah bapaku.

Ya Allah.
Benarkan aku mencintai seorang manusia kerana cintanya kepada-Mu Ya Allah.
Benarkan aku menyayanginya juga kerana sayangnya kepadamu Ya Allah.
Dia manusia yang lembut dan baik budi pekertinya.
Benarkan aku menyunting cintanya dan setia kepadanya seorang sahaja.
 Benarkanlah aku untuk membahagiakan dia.
Dan benarkan aku untuk bersama dengannya.
Tetapkan hati aku untuk melindungi dia dari segala perbuatan keji dan mungkar.
Dan izinkan aku bersama-sama berjalan dengannya di jalanan yang indah di dunia ini dengan rahmat dan keredhaan-Mu Ya Allah.

Ya Allah.
Sesungguhnya Engkaulah Maha Agung dan Maha Melindungi.
Amin Ya Rabbal Alamin.


credits to RainDropMemory for the beautiful drawings
also credits to bramLeech for the rainy day drawing

Monday, February 1, 2010

Kesilapan.

 

A loving relationship is one in which the loved one is free to be herself - 
to laugh with me, but never at me; 
to cry with me, but never because of me; 
to love life, to love herself, to love being loved.

Sorry for the wrong words that have been spoken,
I really didn't mean it.
Just wants to make you happy.
But it seems that i've done a mistake.
 =(

Tiada masa yang terbazir kalau untuk engkau.
Tiada orang lain yang lebih aku inginkan selain engkau.
Dan semuanya hanya untuk engkau sahaja.

Jika kau menangis di dalam hujan.
Aku akan datang untuk mengesat airmatamu yang mengalir.
Dan tidak akan membenarkan airmata itu jatuh kembali.