Semalam aku dapat berborak dengan seorang kawan yang dah lama aku tak jumpa.
Since sekolah rendah.
Serba sedikit aku mula rapat dengan dia.
Dia sangat ceria.
Seorang pendengar yang baik.
Dan juga seorang pencerita yang baik.
Tapi aku tahu dia tak mahu berkongsi tentang masalahnya.
Dia tidak mahu dipandang sebagai seorang yang lemah.
Dia seorang yang sangat pandai berdikari.
Selalu menahan airmatanya hanya untuk ditangisi seorang diri.
Aku faham.
Aku juga begitu.
Disebabkan itu jugalah aku menyibukkan diri.
Dia pun begitu juga.
Tidak mahu memikirkan benda yang remeh-temeh buat masa sekarang.
Perlu mengejar apa yang dicita dan dihajati demi memenuhi harapan diri dan keluarga.
Tapi jika diberi peluang.
Aku ingin melindungi dia.
Aku ingin meminjamkan bahuku kepadanya untuk ditangisi.
Mengesat airmatanya yang makin mengalir.
Dan hanya dia seorang sahaja.
Untuk ku berjanji untuk setia sehingga ke akhir hayatku.
Biarlah aku yang pergi dulu supaya terus kekal janjiku untuknya.
Dia sahaja yang mampu.
Membuatkan seorang lelaki untuk berlembut hatinya.
Untuk menulis sebegini.
Words that are never spoken
Individuals but both broken,
Time that is wasted on all those tears
Having the courage to get rid of your fears,
Overcoming the fact that you two might never be
Underestimating the power of love’s ability,
Thoughts only countless but never the less
Years of regrets but never doubtless,
Overtime people change routes
Undeniable but there’s no me without you,
That life isn’t complete, when I’m W.I.T.H.O.U.T. Y.O.U
No comments:
Post a Comment