Tuesday, January 26, 2010

Kerugian dan Keinsafan.



Surah al-Kahfi
(Ayat 103-110)

Bismillahirahmanirahim.

[Ayat 103]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

[Ayat 104]
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

[Ayat 105]
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[Ayat 106]
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

[Ayat 107]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

[Ayat 108]
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

[Ayat 109]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

[Ayat 110]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.


Maha Suci Allah telah terang-terang memperingatkan tentang hukuman terhadap mereka yang suka memikirkan yang mereka sentiasa betul untuk meraih sesuatu.
Tidak kira dalam apa jua cara sekalipun mereka juga ingkar dengan ayat-ayatNya.
Kita mengejar dunia untuk keselesaan hidup.
Tetapi ianya tidak akan kekal.
Cukuplah sekadar mampu memiliki apa yang dihajati (kerja, rumah, gadgets etc.).
Tetapi yang perlu dikejar bersungguh-sungguh adalah akhirat.
Kerana di situlah kita akan kekal selama-lamanya.


Maha Suci Engkau yang telah menjadikan kami makhluk yang paling mulia disisiMu.
Kami banyak berdosa Ya Allah.
Kami memohon keampunanMu Ya Allah.
Janganlah ditimpakan bala ke atas kami atas dosa-dosa saudara kami.
Berikanlah kami kekuatan untuk membimbing kembali saudara-saudara kami yang telah sesat.
Berikanlah juga kepada kami perlindungan dari godaan dan hasutan syaitan yang dilaknat Engkau Ya Allah.
Ya Allah.
Sesungguhnya hanya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments: