Thursday, January 28, 2010

Kesempatan Ini.



Halo!
Dah lama tak berinteraksi dengan korang kan?
Sorry lah sebab selalu sangat posting pasal gambaran perasaan aku.
Tapi semua tu bukan selalu.
Ada masa aku posting macam ni juga.
Hoho.

First of all aku nak berterima kasih pada semua follower aku.
Korang semua memang AWESOME lah!
Tak sombong, boleh diajak berbual dan macam-macam lagilah.
Post aku kali ni adalah untuk menerangkan sesuatu perkara sebab ramai kawan-kawan aku komen pasal blog aku ni.

PERTAMA
Korang selalu baca pasal ayat 'madah berhelah', 'jiwang karat' or what so ever yang korang nak panggil.
Untuk pengetahuan korang,
Ayat-ayat tu semua ditaip dalam Bahasa Malaysia bukan?
Takkanlah aku nak post dalam English lak baru tak di-consider jiwang.
Ada juga inspirational quotes yang aku selitkan dalam English.
Tapi ayat-ayat tu memang indah.
Aku tahu korang pun tak dapat elak dari guna ayat-ayat sebegitu.
Betul tak?
(^_^)

KEDUA
Mesti korang perasan tajuk aku mesti bermula dengan 'Ke-' bukan?
Sebenarnya aku suka sangat permulaan ayat tu.
Aku dapati banyak ayat yang bermula dengan 'Ke-' tu sangat indah untuk diucap dan ditulis.
So apa salahnya aku menggunakan ayat tu dengan lebih kerap.
Tak salah bukan?
Hoho.
(^o^)

KETIGA dan TERAKHIR
Aku suka segala bentuk bahan bacaan.
Contohnya ayat-ayat media cetak; novel, manga, suratkhabar dll.
(PORNO bukan citarasa aku okay? =p)
Salahkah jika kadangkala aku menggunakan ayat baku dalam ucapan atau kata-kata?
Ini disebabkan tiada ayat lain lagi yang boleh digunakan.
Perlu ditekankan sekali lagi aku menggunakan BAHASA MALAYSIA.
(Walaupun kadangkala tercampur sedikit English)
Aku juga sayangkan bahasa ibunda seperti anda semua.
Di mana lagi hendak dipraktikkan kalau bukan ketika bercakap, bekerja atau di internet?
Hurm.
Musykil sangat ni.
Haha.
=D

Opppsss.
Cukuplah kot sampai di situ.
Nanti aku cerita lagi okay!
Take care tau!
Haha.
;)



5 comments:

Nazatul shima said...

sayang bahasa ibunda ya..bagus.bagus.berbangga.salam satu malaysia.:D

f i d o z |graphs| said...

thanks shima~
;D

yuyuEyuliAnayusOf said...

ignore wat people say k?
:)

f i d o z |graphs| said...

okay yuyue~
thx~
;)

enyheartsdiamond said...

keep in touch :)